ASAL USUL NAMA SEKOLAH
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Badak ini berasal daripada nama Kampung Badak itu sendiri di mana terletaknya tapak sekolah ini sekarang. Mengikut sumber, nama ini dipilih berdasarkan dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan Kampung Badak ini berasal daripada sejenis binatang iaitu badak yang dijumpai di kampung tersebut yang dipenuhi dengan belukar. Namun pendapat ini tiada bukti yang jelas. Pendapat kedua pula mengatakan Kampung Badak dipercayai daripada nama seorang pendekar yang disegani bernama Tok Badak. Beliau seorang tokoh yang hebat dari segi fizikal mahupun keilmuannya. Jadi mengambil sempena nama tokoh itulah nama sekolah ini dipilih.
LATAR BELAKANG SEJARAH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah ekoran tertubuhnya Sekolah Kebangsaan terawal di Kampung Badak yang bertempat di Kiong Dulut. Kemudian Sekolah Kebangsaan ini dipindahkan ke Batu 19, tempat yang ada sekarang. Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Lanjutan Bachok. Sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Badak dan sesi pengajarannya hanya berjalan pada sesi petang. Pada akhir penggal sekolah 1965, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Badak. Kelas bermula pada sesi pagi. Sekolah ini beroperasi dengan dua buah bangunan, pelajar perintisnya enam puluh enam orang, empat orang guru termasuk guru besar tanpa kakitangan sokongan.
Pada 3 Disember 1990, sekolah ini dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Badak dengan membuka tiga kelas tingkatan 4 aliran sastera. Aliran sains pula hanya ditawarkan pada awal sesi 93/94. Manakala pada Januari 1998, Sekolah Menengah Badak bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Badak kerana telah dinaik taraf daripada gred B kepada gred A. Pada masa ini SMKB mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi ialah tingkatan 3,4 dan 5 manakala sesi petang pula tingkatan 1 dan 2. Kemudiannya pada akhir Januari 2001 sekolah ini mula mengadakan pembelajaran sesi pagi sepenunhya dengan siapnya bangunan pembinaan bangunan tambahan. Pada tahun 2005 sekolah ini telah membuka tiga kelas tingkatan 6 Aliran Kemanusiaan.
FIZIKAL ( BANGUNAN DAN BILIK DARJAH)
Taburan bangunan adalah seperti berikut:-
1. 3 blok bangunan 1 tingkat dibina pada tahun 1965.
2. 1 blok bangunan 3 tingkat dibina pada tahun 1978.
3. Asrama (bangunan kayu - projek kilat dibina pada tahun 1986 dan kini diganti dengan bangunan 2 blok 4 tingkat yang dikhaskan untuk pelajar perempuan. Asrama baru ini dapat seramai 200 orang pelajar)
4. 1 blok bangunan Musalla.
5. 1 blok bangunan Sains Pertanian.
6. 1 blok kantin.
7. 1 blok bangunan 3 tingkat dibina pada tahun 1999 ( bangunan tambahan) - Blok bangunan 3 tingkat SPBT, pejabat, bilik perpustakaan dan APD, bilik guru dan beberapa bilik darjah serta bilik gerakan dan bilik mesyuarat.
8. 3 blok bangunan kayu (projek kilat) dibina pada tahun 1986. Pendawaian semula elektrik telah dijalankan untuk blok ini berserta bilik-bilik darjah di bangunan yang lain sempena projek RM ke-8.
4. 1 blok bangunan Musalla.
5. 1 blok bangunan Sains Pertanian.
6. 1 blok kantin.
7. 1 blok bangunan 3 tingkat dibina pada tahun 1999 ( bangunan tambahan) - Blok bangunan 3 tingkat SPBT, pejabat, bilik perpustakaan dan APD, bilik guru dan beberapa bilik darjah serta bilik gerakan dan bilik mesyuarat.
8. 3 blok bangunan kayu (projek kilat) dibina pada tahun 1986. Pendawaian semula elektrik telah dijalankan untuk blok ini berserta bilik-bilik darjah di bangunan yang lain sempena projek RM ke-8.
Pada peringkat awal penubuhan SMKBd terdiri daripada 2 blok bangunan. Pada tahun 1980, satu bangunan 2 tingkat didirikan bagi memenuhi keperluan tambahan pelajar. Bangunan tersebut siap pada 1 Januari 1982. Pada tahun 1984 sebuah lagi bangunan projek kilat yang mengandungi 7 bilik darjah dibina. Pada tahun 1993, selain bangunan untuk bilik darjah terdapat bangunan lain yang dibina iaitu astaka yang terletak di dataran perhimpunan yang siap dibina pada pertengahan tahun 1993. Astaka tersebut sebagai mercu tanda dan pentas serbaguna yang juga merupakan pondok bacaaan untuk kegunaan pelajar. Selain itu, satu lagi mercu tanda sekolah ialah wakaf tiga beradik yang didirikan pada bulan Februari 1994. Bangunan ini dibina di tapak perhimpunan dan menjadi pondok bacaan kedua untuk kegunaan pelajar. Dalam usaha mengindahkan sekolah, taman sekolah telah dimulakan pada bulan Januari 1994.
Pada tahun 1998, sekolah ini mendapat peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri sebanyak RM10,000 untuk membaik pulih bangunan makmal dan garaj. Kemudiannya RM10.000 untuk baik pulih dan kemaskini peralatan/iventori dalam makmal sains. Sekolah juga mendapat peruntukan RM10,000 untuk membaik pulih dewan makan asrama. Peruntukan sebanyak RM4.9 juta juga diperoleh untuk membina bangunan sekolah yang baru yang dimulakan pada akhir tahun 1999. Peruntukan sebanyak RM10,000 untuk menyiapkan musalla yang sedia ada sumbangan peribadi daripada Dato' Muhammad Mustafa iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu. Pembinaan dan penempatan asrama baru, pembinaan pondok rehat dan keceriaan taman menyerlahkan persekitaran sekolah sepanjang tahun 2004. Pada tahun 2005, bangunan makmal komputer telah pun siap. Bilik darjah untuk menempatkan pelajar tingkatan enam rendah telah disediakan. Bilik darjah telah bertambah sebanyak 31 buah bilik. Penempatan pelajar tingkatan satu hingga enam telah dapat diatur dengan sempurna menjelang tahun 2005. Pada tahun 2006 pihak pengurusan telah menyediakan 3 kelas lagi untuk menempatkan pelajar tingkatan enam rendah. Satu blok lama telah dibaik pulih. Salah satu kelas akan dijadikan ' Galeri Sekolah' untuk menempatkan dan menyimpan maklumat sekolah dan hasil kerja pelajar. Bangunan blok kantin juga telah diperluaskan. Pada tahun 2006, pagar sekolah telah dikonkritkan sepanjang garaj kereta guru. Banyak lagi projek baik pulih sedang disenggarakan sepanjang tahun 2006 ini.
Tanggal 15 Mac 2007, Pn. Hjh Sabariah Bt. Hj Sair @ Mohamed telah melapor diri sebagai pengetua yang ke 14 di sekolah ini. Beliau merupakan seorang pengetua yang berpandangan jauh dan berwawasan yang berhasrat ingin memajukan sekolah ini dalam semua bidang termasuklah pembangunan fizikal sekolah. Sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini, beliau telah berjaya membawa perubahan yang besar terhadap fizikal sekolah. Pada tahun 2007 hingga 2008 sekolah telah berjaya mendapat peruntukan daripada Pejabat Pelajaran Daerah sebanyak RM 180,000 untuk membaik pulih bumbung 4 blok bangunan sekolah termasuk menaik taraf bangunan kilat. Pada tahun 2008 juga, Pejabat Pelajaran Daerah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 40,000 untuk penyelenggaraan tandas. Pada tahun yang sama Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membina sebuah dewan terbuka dan telah siap dibina pada awal tahun 2009 dan diberi nama ' Dewan Al- Falah'. Pada tahun 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 40,000 untuk membaik pulih sistem kumbahan dan pembetungan. Pada akhir tahun 2009, Unit Aktiviti Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 35, 000 untuk pembangunan sekolah.
Untuk keceriaan dan keselamatan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan RM 100,000 untuk mengecat sebahagian besar bangunan sekolah. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000 untuk menaik taraf pagar sekolah daripada chainlink kepada konkrit. Sekolah Menengah Kebangsaan Badak kini kelihatan ceria, menarik dan selamat. Semoga pembangunan fizikal yang begitu pesat di sekolah ini dapat menyediakan suasana belajar yang lebih kondusif kepada seluruh warganya. Mulai tahun 2008 hingga sekarang, asrama Az Zahra juga telah mendapat beberapa peruntukan PPD/Bac dan JPNK. Antaranya projek tempat ampaian pelajar RM 40,000, membina pagar RM 20,000, menaik taraf dan penyenggaraan dewan makan RM 20,000, reka bangunan asrama RM 50,000. Pada tahun 2009, peruntukan bilangan penghuni asrama telah ditambah daripada 150 orang kepada 200 orang dan melayakkan bilangan warden seramai 4 orang.
Untuk keceriaan dan keselamatan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan RM 100,000 untuk mengecat sebahagian besar bangunan sekolah. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000 untuk menaik taraf pagar sekolah daripada chainlink kepada konkrit. Sekolah Menengah Kebangsaan Badak kini kelihatan ceria, menarik dan selamat. Semoga pembangunan fizikal yang begitu pesat di sekolah ini dapat menyediakan suasana belajar yang lebih kondusif kepada seluruh warganya. Mulai tahun 2008 hingga sekarang, asrama Az Zahra juga telah mendapat beberapa peruntukan PPD/Bac dan JPNK. Antaranya projek tempat ampaian pelajar RM 40,000, membina pagar RM 20,000, menaik taraf dan penyenggaraan dewan makan RM 20,000, reka bangunan asrama RM 50,000. Pada tahun 2009, peruntukan bilangan penghuni asrama telah ditambah daripada 150 orang kepada 200 orang dan melayakkan bilangan warden seramai 4 orang.